Rabu, 28 Oktober 2009

hati & manusia..


Salam ukhuwwah buat sahabat2 di luar sana yg mengenali diri ini yg fakir serba-serbi..
Pertama,utama,&selamanya marilah kita bermuhasabah dan bermonolog dgn hati&diri supaya senantiasakn diri merafakkan kesyukuran kepada Rabbul izzati. Sekadar lafaz x mencukupi tapi itupun sudah memadai jika betul niat dan ikhlas. Allah x mgkin sama sekali tertipu oleh hamba2-Nya..

Kita sedar yg diri ini hanya hamba tapi selalu jugak kita lupa dan alpa..
Banyak perkara yg kita lupa dan alpa bila nafsu jd raja dan syaitan dipuja..
Apapun,kita seorng manusia dan bertindaklah seperti seorang manusia! Allah mencipta kita untuk menjadi khalifah dan jgn jadikn ia sia-sia.
Akal perlu pada hati untuk membuat keputusan dan pilihan,maka jagalah hati supaya x terlepas dari pandngan Tuhan.moga2 diri x terbabas dari landasan kebenaran dan berhati2 lah tika melangkah dalam kehidupan ini kerana apa??kerna kita manusia.
Suka untuk ana menyampaikan sabda rasulullah tercinta;

Rasulullah telah bersabda:
"Sesungguhnya yang halal sudah jelas dan yg haram pun sudah jelas. Diantara(keduanya)(halal dan haram) terdapat perkara2 yg disebut sbg syubhat dan ramai orang tidak mengetahuinya. Jadi,sesiapa yg berhati-hati drpd terjerumus k dalam syubhat, beerti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhat,beerti dia jatuh ke dalam perbuatan haram. Orang itu persis umpama seorang penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, di mana banyak binatang gembala yang jatuh terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah setiap raja atau penguasa pasti memiliki kawasan larangan yg tidak boleh diceroboh. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia terdapat seketul darah. Jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuhnya. Tapi jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa yg dimaksudkan dgn seketul darah itu adalah hati."

(kesahihan hadis ini disepakati oleh 'ulama' hadis)

Sayangi diri,keluarga,sahabat,masyarakat dan umat andai diri ini seorang da'ie..

seri sepi,fikirlah..

Lama sungguh rasanya jari ini x menaip,mata ini menancap komputer,hati&fikiran ini menyumbang serta meluah sesuatu dalam blog yg serba-serbi kekurangan..
salam mahabbah ditujukan pada sahabat seperjuangan..maaf jika ana x dpt puaskan hati shbt2 semua.mlm yg indah disulami perasaan yg x dpt digambarkan ini,ku coretkan sedikit soal hati buat shbt2 terutama alumni kmj & tmn juang UPM.
ntum pasti tgh gembira???manakan tidak,rahmat Allah sentiasa mencurah buat kita yg bergelar hambaNya yg inginkan redhoNya terutamanya(itupun kalu kita benar2 yakin nk sehidup semati dgn islam).
Ada masalah yg timbul di kampus x akan selesai selagi kita x kembali ke tujuan asal kenapa kita bergelar seorang da'ie @ ansarullah @ jundullah @ sbgnya,kenapa kita mendokong harakah islamiyyah,kenapa kita nak syahid,& sama erti dgnnya!!!
Dlm konteks ini;kita kini di kampus msh mencantas rantingan permasalahan walhal ia bisa tumbuh kembali..pokok kebejatan x pula kita hapuskan,maka kita telah menambah kerja padahal masa labur kerja lebihan itu boleh kita gunakan utk perkara2 yg lebih aula & lebih menguntungkan islam.
Fhm bhwa mslh itu tetap akn wujud tetapi mahukah kita menjadi asbabnya???dan tahukah kita bhwa kita mampu mengurangkannya?Semua berkait rapat dgn kita sendiri tapi secara x lansung 'perwakilan' turut terpalit tempiasnya.Kalu tertimbulkan jga masalah,jdkn itu tarbiyyah dan tinkatkan kualiti dan hati2 pd msa kelak.
Peranan generasi baru dlm memperkasakan jemaah dan mengembalikan ruh islam!!!
Tak akan tertegaknya islam andai kita yg menjatuhkannya samada cara sedar atapun tidak sedar,jadi jom bermuhasabah & disusuli tindakan sewajarnya..kita islah&tajdid dgn setepat mgkin acuan rabbani...
Mg hidup x terbeban dan terperangkap dgn diri sendiri..
Astagfirullah...
Subhanallah...islam tercinta!

Khamis, 17 September 2009

TerBaik dr Mahasiswa!!!

Kenangan di program TRANS_MALAYSIA 09 pd Ahad lepas tanggal 13/09/09..



Tontoni & berhiburlah..

Isnin, 14 September 2009

Selamat3x..


Selamat Hari Jadi!!!
Nikmati umur yg diberikan PERCUMA oleh Allah utk mnambahkan lg ibadat & taat kpd-Nya..
Guna lah pluang,ruang & ksempatan ini dgn sebaiknya krn tempohnya 'unknown'.Boleh jd bla2 masa akan ditarik balik.
Layari Al-Quran & As-sunnah utk mngetahui dgn lebih lanjut.
Mg menikmati kebahagiaan yg abadi!
asy-syahid sayid Qutb berpesan:
"usia bknlah bilangan waktu, tp bilangan kesedaran"

Ditujukan special utk shbt2 yg lahir pd bulan september:
abe ali,Akak Iqa,akak nik,sopiah,hazuan,nur azlin,nanie,&muhaimin..

Jumaat, 14 Ogos 2009

Terkilan..

Nmpaknya sudah lama ana tidak menulis & meluah di dlm blog yg serba kekurangan nie..
Kehidupan sbg seorang mahasiswa bknlh semudah & seronok yg disangka dan bknlh jg sesusah & sepahit yg diduga.apapun,ia tetap merupakan sesuatu yg mewarnai kehidupan nie..Permulaan di tmpt baru agk mejanggalkn tp bila dh biasa seronok la pulak.Mg shbt2 pun berbahagia di tempat baru msng2.Di univrsti ana mcm2 ada tp utk kali ini ana cuma nk sntuh ckit je ttg perkara2 yg berlaku mutakhir ini..antaranya grkn2 or missionary2 kristian yg kini mula berani berdakyah terang2an utk memurtadkan pelajar islam khususnya.mereka ini mula msk ke kolej2 kediaman pelajar.sebenarnya dakyah2 kristian dah lama berlaku & still berlaku dlm pelbagai bentuk pun cuma ini antara yg mengejutkanlah..
Apa yg ana nk highlightkn kat sini ialah kita selaku umat islam perlu sedar ttg bahaya gejala ini & mengambil tindakan segera & berpanjangan(x spt suam2 njs kambing).Kita x boleh maki hamun kpd golongan pendakyah tersebut malah kita kna dkwh diaorang tp apa yg lebih penting ialah kita kena mantapkan akidah & kukuhkn iman umat islam itu sendiri.Mcm mana??? jwbnya terpulang nk buat apapun spt seminar ke,kuliah ilmu ke ceramah ke or anything else asalkan x bercnggah dgn syariat & mtlmt smpai ykni utk memantapkan akidah & kukuhkn iman.sbg tambahn kita boleh lihat sendiri bhwa skrng nie lbih bnyk pgrm yg berfokuskn ibadat semata-mata itupun yg sunat bahkan kdg2 adat yg dikatakan syariat.bukan nk menghalang dari buat perkara sunat tp kalu boleh harap utk diperhebatkan lagi program yg berbentuk pemantapan akidah ini & bgs jg kalu diselitkan jg dgn ilmu ttg perbandingan ugama spya secara x lngsung mmpunyai hujah yg mampu menarik org non-muslim ke muslim.

Alhamdulillah...

Alhamdulillah ats kesempatan,pluang,ruang,& masa yg dikurniakan Allah utk memampukn ana menulis semula di dlm ruangan penuh syahdu lntrn luahan yg bersifat perkongsian..
Sebelum itu,ingin ana bwa shbt2 ke dnia syaitan..sudikah shbt2???mari kta lihat,dgr,berfikir,muhasabah dlm selaput keimanan demi secebis peringatan.Ingt!!! shbt2 bhwa kita mnusia yg sering lalai&lupa;tak dpt lari dari salah,silap&dosa TAPI kita mampu hindari & kurangi kelemahan tersebut.Jom...


nantikan crite2 lain yg tidak kita ketahui tp benar2 terjadi/terjadi betul2/betul2 terjadi...

Isnin, 6 Julai 2009

Realiti & Kenyataan...

Seminggu di orientasi ibrt seribu tahun di penjara. seksanya di'ragging' fikrah,iman,amal,&jasad tnpa belas kshn ditambah pula penghinaan. Tapi itulah dugaan & ujian yg Allah timpakan bg mentarbiyyah org2 yg mengaku & mngikat janji utk hidup&mati kerana Tuhannya.masya'Allah,hebatnya tarbiyyah drpd Allah..
TETAPI!!!
Astaghfirullah...bila berjaya mlpasi ujian tersebut kita lupa&lalai pd ujian yg lain. Kita mula merasakan diri dgn suatu perasaan bangga&'ujub dgn diri sendiri mka lahirnya riya'. bila timbulnya perasaan tersebut,mulalah merasakan diri ini hebat & memperkecilkan org lain. Lantas,merasakan diri ini eksklusif.Walhal, itu semua dpt diharungi dgn bantuan drpd Allah.Persoalan utama di sini bukannya kezaliman yg berlaku di waktu orientasi tapi berkaitan hati.Adakah kita mahu segala daya usaha kita utk berhadapan dgn sesuatu dugaan&ujian yg ditimpakan itu hilang nilainya disisi Allah pabila kita riya' & takbur??? ketahuilah bahawa kita sngt mudah tertipu bila berdepan ujian&dugaan yg melibatkan soal hati. Sama2lah senantiasa memohon keampunan kerana hakikatnya kita bukanlah seorang rasul yg maksum & tidak terlepas dari semua ini.Moga kita semua senantiasa dipelihara Allah dari menyekutukannya secara sedar ataupun tidak..

Selasa, 23 Jun 2009

Ketentuan dan harapan...











Tempat yg bakal didiami,bi'ah yg bakal dilalui,peluang yg bakal digarapi,ruang yg bakal diruangi,tmpt ilmu yg bakal dicerapi,tmpt hidup yg bakal dibakti,medan ukkuwwah yg bakal disulami,medan dakwah yg bakal diterokai,medan juang yg bakal ditempuhi,dunia pelajar yg bakal terkini... matlamat,cita2,& impian yg bakal mnjd realiti!
Auranya kian terasa,memanggil tanpa putus asa,menarik penuh sasa,i'Allah...ku akn ke sana.

Ahad, 21 Jun 2009

juz wish..

SELAMAT HARI BAPA BUAT KAUM ADAM YG SUDAH MEMPUNYAI WARIS...

Sabtu, 13 Jun 2009

Mabuk cinta @ Cinta Mabuk???



"Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau saya tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Saya ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Khamis, 11 Jun 2009

Kisah Lobak,Telur dan Kopi...





Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.
Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.
Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.
Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.
Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.
"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.
Bagaimana dengan anda ? Apakah anda adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
Atau, apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, penceraian atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi anda menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku ?
Atau adakah kamu serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.
Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitarmu juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum. Apakah anda seperti itu ?"



Isnin, 8 Jun 2009

FAHAM vs TAHU..


Kisah pertama:
Suatu perbualan yg jelas tp dlm pelat utara.jd,fhm2lh spya tidak menjadi org yg tau saja..
Si A:lagu mana nk jd baik?
Si B:baik yg mcm mana?
Si A:baik yg baik lah.awat hg tanya ku balik?
Si B:ok,hg nak jd baik tp hg sendiri x fhm baik tu mcm mana???pelik betui,sbb tu lah hg susah nk jd baik.Baik hg pi bg fhm dulu elok2 apa itu baik yg sbnaqnya.
Lantas si A termenung keayuan memikiqkn kebenaran kata shbtnya td.diapun bermonolog “betui jgk noh..slama nie ku dok pikiq yg baik tu baiklah tp baik yg mcm mna!!ku dak fhm baik itu apa sbnaqnya.Ooo…patut la ku x reti nak wat pa utk jd baik.”
Kisah kedua:
Suatu hari yg indah andai nobita x brada dlm keadaan yg penuh dihiasi dgn maksiat..tp tiba2 nobita didatangi seseorg yg..lnts bertnya!
polan:pernah jd naqib?
nobita:i'Allah..pernah.
polan:nta handle usrah ok?
nobita:fuh!!mcm2 mslh tp stkt nie ok la.nak kata berkesan tu..x tau lh sngt.
polan:em,apa itu usrah?
nobita:aik,plik.xpe2,usrah tu mksdnya keluarga.
polan:ok2,ape yg nta fhm ttg usrah?
nobita:hm,usrah tu keluarga le.alaa...yg kumpul2 dlm bulatan & pastu bincang pasal topic agama je.knape?
polan:ok,tau knape usrah nta x berkesan???
nobita:mgkn sbb bkn ana yg bg hdyh.hehe..
polan:bkn itu sb sbnrnya tp sbbnya ialah nta sendiri x mmhmi apa itu usrah & ape yg dimaksudkan dgn usrah sebenarnya.nta nk bawa usrah tp nta sendiri x fhm..fikirknlh.
(p/s: serupalah dlm semua perkara pun..)

Rasional: wahai shbt2 ku sekalian,
1. semua orang yg tau x semestinya fhm & orang yg fhm semestinya tau.
2. sbg anggota harakah islamiah perlulah menitikkan kefhmn sebelum ber’amal&bergerak kerja dan sebab itulah as-syahid imam hassan al-banna telah meletakkan faham sbg rukun pertama yg digarisi dgn usul 20 dlm arkanul bai’ah.Tp utk apa? Jawabnya ialah utk memastikan ahli2 anggota harakah islamiah tidak tersasar dari landasan yg sebenarnya.
3. org yg fhm tentu skali akn be'amal mnkla org yg tau blum tentu.
4.baik di sisi manusia belum tentu baik di sisi Allah s.w.t tp jdlah seorang yg baik di sisi Allah maka baiknya itu akn menjadi sebenar-benar baik yg dimaksudkan.
5.ikutlah manhaj al-quran & sunnah Rasulullah s.a.w utk menjadi baik di sisi Allah s.w.t walaupun dibenci di sisi manusia.cthnya bercakap benar walaupun pahit.

Moga kita mengambil iktibar.Selamat berjuang dlm erti kata perjuangan sebenar..

Ahad, 7 Jun 2009

FITRAH YANG MENJADI FITNAH!!!

Remaja dan cinta, dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa "ajaib" itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya.Bila cinta mencengkam diri,makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya.
Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adama.s. berasa kesunyian dan inginkan teman .Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.

Rasa Cinta Tak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan.Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak.Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturanAllah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak-disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan,kehancuran, dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.
Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta. Cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah.
Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejari, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari Cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jikaseseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yangterlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cintatelah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cintater larang pun berbuah. Buah Yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan lampu isyarat diatas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya.Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dgn itu,cinta antaral elaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.
Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan.Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini seburu namanya - Cinta Monyet!





Putus Cinta
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. (bg ana baik ber'BM' je..tp bg shbt2 ana yg msh blum mempunyai masa,peluang&ruang yg sesuai;baik JANGAN!!!).Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak senarusnya mengeluh ,"Cinta apa namaya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan,kerlingan dan senyuman? Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yg begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya,cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah...Jaga Iman&hati, Hiasi Amal..

Ukhuwwah yg terbina..



Inilah kenangan ku di bumi johor(org kedah:jauh-oO..) bersama sahabat2 yg satu matlamat,cita2&perjuangan..sedih memang sedih,rencah resipi perpisahan tp itulah realiti kerinduan ku terhadap mereka.moga kita x lekang dari meminta,memohon,merayu, & meng'aminkan doa buat teman2 seperjuangan supaya terus thabat dlm perjuangan & memperolehi kebahagiaan yg sejati.

MENGINGATI MATI!!!


SEKADAR PERINGATAN BERSAMA Add Image

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.


Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?".

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.

Firman Allah Taala: Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." (Surah Al-A'raf: ayat 34)